SEJARAH TUDUNG BAWAL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Kepada semua pemakai tudung bawal.pernahkah anda terfikir akan asal usul tudung bawal ni...yang kita tau cara pakai n nama tudung je kan..
Tudung Bawal? Kenapa namanya sedemikian rupa? Mana datangnya Bawal tu, pelikkan?
Mengikut sejarah dari pembekal-pembekal kain tudung bawal dari kelantan ianya diperbuat dari jenis kain “Voile”. Mengikut kamus The Oxford Pocket Voile itu bermaksud plain-weave, semitransparent fabric of cotton, wool or silk. Mungkin ramai yang belum tahu, perkataan volie itu berasal dari Perancis dan kemudian di melayukan oleh orang malaysia dengan nama Bawal. Mengikut wikipedia voile itu bermaksud :

Voile is a light weight woven fabric, generally made of 100% cotton or cotton mixes including linen or polyester. Its name originates from the French which means veil. Because of its light weight the fabric is mostly used in soft furnishing. Full length curtains in hot countries are made with voile and used as window treatments, mosquito nets etc. In colder climates voiles are also called net curtains and are used under heavier curtains (usually lined and inter-lined) to avoid direct sun light and for privacy. In the UK, as the more old fashioned net curtains lost in popularity, voiles came to replace them in the 90s. More sophisticated weaves became available on the market and intricately detailed voiles became fashionable. Companies such as Andrew Martin Ltd, Osborne & Little, Voyage Decoration and other market leaders started importing voiles which included metallic threads, printed patterns, embroidery etc. Manufacturing methods of voile curtains changed to accommodate the new found selection. No longer limited to French pleating and gathered pleating these began to be made up as “flags” using new tracks and pole systems available on the market. Because of their semi-transparent quality voile curtains are made using specially manufacturer heading tape which is less easily noticeable through the fabric. Voile fabric is also used in dress-making either in multiple layers or laid over a second material.
Jika diambil dri maksud-maksud yang diberikan diatas maka tahulah kita voile itu adalah sejenis fabrik yang nipis dan lembut yang berasal dari kapas, sutera atau rayon. Sekarang ini terdapat pelbagai jenis voile/bawal antaranya “Japanese Voile” atau Bawal Jepun, “Korean Voile” atau Bawal Korea dan juga “Siam Voile” atau Bawal Siam. Kain Bawal Jepun adalah yang paling pepular kerana kualitinya yang baik. Baik disini bermaksud keadaan kain tersebut yang lembut dan tidak berbulu apabila kerap dicuci, sebab itulah kain bawal dari jepun ini agak mahal berbanding dengan kain bawal-bawal lain. Dikalangan rakyat malaysia ianya cukup dikenali dengan nama Tudung Bawal asli no 1, manakala bawal/voile korea dipanggil bawal no 2. Kain Bawal China juga sekarang ini mendapat tempat dihati pembeli2 di Malaysia walaupun kurang bermutu tetapi kerana harganya jauh lebih rendah membuatkan sambutannya begitu mengalakan.

Sejak kebelakangan ini, design tudung bawal telah mendapat nama masing-masing. Siapa yang memberi nama-nama tersebut itu yang kurang pasti, kerana biasanya nama-nama itu berkenaan dengan nama-nama artis yang tengah hot. Seperti:- Tudung bawal Wardina, Tudung bawal Mawi, Tudung bawal Datuk K, Tudung bawal Datuk Siti, Tudung bawal Angkasawan, Tudung bawal Manjalara, Tudung bawal Mak Datin, Tudung bawal sap-q, Tudung bawal Nora denish, tudung bawal bella dan bermacam-macam lagilah nama nama artis yang ada. Ada juga nama tudung diambil sempena nama binatang, benda-benda persekitaran kita seperti Tudung bawal KLCC, Tudung bawal KLtower, Tudung bawal mata lalat, tudung bawal kereta api dan lain-lain.

Yang peliknya dari mana nama-nama itu datang dan biasanya ia diguna pakai oleh semua peminat-peminat tudung ini. Yang nyata dan jelas ialah ia merupakan satu strategi untuk menarik pelanggan/pembeli untuk membeli tudung-tudung tersebut.
Free advertising